BISU SELEPAS HIDUP SEMULA DARIPADA MATI..
Bisu Selepas Dihidupkan Semula Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Pengalaman itu ialah mayat yang sedang disembahyangkan tiba-tiba hidup semula. Malangnya setelah hidup semula, dia menjadi bisu. Keadaan itu berterusan hinggalah dia meninggal dunia beberapa tahun kemudian. "Peristiwa itu berlaku beberapa tahun lalu disebuah kampung di Pantai Timur. Ketika itu saya masih remaja dan mengaji di pondok dengan beberapa orang rakan. Orang yang meninggal dunia itu pula adalah seorang lelaki dlm lingkungan 60-an dan sudah berkeluarga. Punca kematiannya tidak saya ketahui, Pada hari tersebut, bapa angkat saya mengajak saya pergi ziarah seorang penduduk kampung yang meninggal dunia dan sama-sama tolong uruskan jenazahnya. Saya pun ikutlah. Apabila sampai, jenazah itupun diuruskan seperti jenazah-jenazah lain. Dimandikan dan dikafankan. Tidak ada apa-apa yang luar biasa ketika itu. Keadaan mayatnya pun macam mayat-mayat lain. Jumlah orang yang melawat pun boleh taha...