Posts

Showing posts from November, 2008

JOM BOIKOT BARANGAN DAN SYARIKAT YANG MENYOKONG ISRAEL

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR".

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini. Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu: * tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah; * menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran; * memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan; * tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat. Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan. Malah, dalam segala lapangan, ki

Wanita yang Mendapat Pujian Dan Wanita yang Dilaknat Allah

Image
Sejarah telah mencatat beberapa nama wanita terpandang yang di antara mereka ada yang dimuliakan Allah dengan surga, dan di antara mereka ada pula yang dihinakan Allah dengan neraka. Karena keterbatasan tempat, tidak semua figur bisa dihadirkan saat ini, namun mudah-mudahan apa yang sedikit ini bisa menjadi ibrah (pelajaran) bagi kita. Waanita Yang Beriman Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : "Seutama-utama wanita ahli surga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiyah binti Muzahim." (HR. Ahmad) 1.Khadijah binti Khuwailid Dia tumbuh dalam lingkungan keluarga yang terhormat sehingga mendapat tempaan akhlak yang mulia, sifat yang tegas, penalaran yang tinggi, dan mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji sehingga kaumnya pada masa jahiliyah menyebutnya dengan ath thahirah (wanita yang suci). Dia merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa Muhammad tanpa banyak membantah dan berdebat, bahkan ia tet

BACA INI DAN FIKIR-FIKIRKAN LAH!!!

Image
Renungan 1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya? 2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ? 3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabu

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

Image
7 jenis wajah mayat di dalam kubur 1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya. 2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak? 3.

9 JENIS ANAK SYAITAN

Image
9 Jenis Anak Syaitan 1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 3. A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. 4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras). 5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. 6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mu

LARANGAN MENYAMBUT TAHUN BARU

Image
Larangan Menyambut Tahun Baru Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. Diantara lain beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya:- Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang: - UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia

DOSA BERKUKU PANJANG

Image
Dosa Berkuku Panjang Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda. The Truth Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Pasal tabiat berkuku panja

SUAMI YANG LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB

Image
SUAMI YANG LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka). Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar. Allah swt. terlah berfirman yang maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala.." Allah swt menyuruh kita memelihara diri kita mentaat segala peraturan Allah yang telah diperintahkan samada perintah-perintah yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah, sunat-sunat Muakad dan Khair Muakad. Inilah bentuk-bentuk perintah Allah yang mesti kita taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan den

ISTERI DAN IBU YANG SOLEHAH

Image
Isteri & Ibu Yang Solehah Beruntungnya seorg wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan tuhan.... jadi 'kilang' manusia. tiap2 bulan diberi cuti bergaji penuh... 7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yg Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. org lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sampailah 'padam'. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. inilah nikmat tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? marilah kita pegang pada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk syurga. untuk org kafir dia tak dapat masuk syurga tapi dapat kelonggaran siksa kubur. untuk peringatan semua wanita yg bersuami seluru

Lagenda Langkawi

Image
LAGENDA LANGKAWI MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh ketu

PENGUMUMAN..NAK BELAJAR MENGAJI?

Perkara baik haruslah kita uar-uarkan..Sukacita saya umumkan disini kepada sesiapa yang berhasrat untuk belajar mengaji IQRA 1-6, memperdalam ilmu tajwid, taranum dan sebagainya, boleh lah mendaftar di SEKOLAH YAYASAN AL-QURAN KUALA LUMPUR, TINGKAT 7, WISMA WARISAN, JALAN YAP AH SYAK, KUALA LUMPUR. NO. TEL: 0326913286 . Dibuka kepada orang ramai. Pendaftaran percuma. Yuran Mengaji Percuma. Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi nombor yang tertera.

LAYAKKAH RAFIDAH DAN SHARIZAT DISAMAKAN DENGAN AL-QURAN?!!

Image
Dikirim pada November 25, 2008 oleh HermanSamsudeen Nak termuntah bila ada segelintir ahli Wanita Umno mengumpama pertembungan Rafidah dan Shahrizat menjelang pemilihan wanita Mac tahun hadapan seperti ‘Quran buruk vs Quran baru’. Bodoh sungguh mereka yang mencipta perumpamaan itu kerana layakkah mereka ditarafkan seperti mulianya al-Quran itu. Sama ada ianya Quran buruk atau Quran baru, itu tidak menjadi soal kerana dalam Islam isinya tetap sama. Namun kondisi kedua makhluk dari keturunan wanita Umno ini tidak sepadan dengan roh yang tersurat dan tersirat dalam al-Quran. Malah telah banyak hukum-hukum al-Quran diperhinakan oleh mereka sepanjang berlari mengejar jawatan dunia mereka. Cukuplah jika kita melihat kepala mereka yang berjambul itu. Tidak pernah sekalipun rakyat tidak melihat jambul itu. Malah jambul mereka itu kadang kala berwarna merah, kadang tu ada yang perang, dan kadang kala jadi kuning sebab dah lama tak pi saloon. Adakah jambul itu direstui dal

TRIO SYUHADA SUDAH BERTEMU BIDADARI..

Image
‘ Syaitan di REJAM dengan ‘petir’ ketika TRIO syuhada di hukum mati ! Oleh albanjari trio yg dihukum tembak adalah merupakan orang alim dan guru pondok yang mempunyai ribuan murid, lihat saja dalam tv betapa jenazah mereka disambut sebagai mujahid. . . takziah diucapkan dan di iringi dengan al-fatihah. Rakaman dari Indosiar TV menunjukkan dan jelas kedengaran bunyi petir yang kuat seolah-olah mengiringi eksekusi ketiga pejuang Islam ini. Dentuman petir yang amat ‘nyaring’ itu kedengaran dengan amat jelas ketika hukuman tembak selesai dilangsungkan, sedangkan tiada riak hujan mahupun ribut bakal menyusul, malah bunyi petir itu seakan ‘teriakan’ menyambut trio ’syahid’ ini. Petir adalah rejaman terhadap syaitan yang cuba mengacau upacara pemakaman syuhada. Allah telah menciptakan sejumlah tanda-tanda bagi kita pada petir. Allah secara khusus menarik perhatian kita pada petir ini dalam Al-Quran. Dan ayat-ayat Allah tentang petir, Allah swt. berfirman, bahwa Dia menghadirkan pet

TIMBALAN MENTERI TOLAK VIDEO SAJAK KEMATIAN TAPI TIDAK DAPAT MENOLAK KEMATIANNYA

Image
AlFatihah buat Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Razali Ismail yang disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Seingat ana, pada bulan September lalu Allahyarham telah mengeluarkan arahan agar semua guru dan kakitangan sekolah tidak dibenarkan soal politik ketika berada dalam kawasan sekolah walaupun pada waktu berehat dikantin. Ramai guru yang tidak puas hati tetapi isu itu tetap berlalu pergi. Namun yang tak boleh ana lupakan adalah tentang Sajak Kematian yang begitu hangat diperkatakan pada awal bulan ini. Allahyarham merupakan antara orang pertama yang mendedahkan perkara ini dan membuat bantahan awal agar ianya tidak dibenarkan berlaku lagi. Kuasa Allah menentukan, belum sampai sebulan isu ini berlegar dipikiran rakyat, Allahyarham pergi menemui ajalnya yang telah ditetapkan. Ada yang menganggap ini suatu kebetulan, tetapi ada juga yang menganggap ianya sebagai peringatan dari Allah yang sesungguhnya senanti