Posts

ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT - HJ. AZMIL MUSTAFA

ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT - AZMIL MUSTAFA Written by Siti Mashitah Sunday, 03 February 2008 APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu unt

KISAH DARI PENJARA 1 ( JANAZAH BANDUAN BERTATTOO)

Forum Perdana-Kisah dari Penjara untuk renungan bersama Kisah (2) dari Singapura Ini adalah kisah di penjara Singapura, di ceritakan dari seorang Ustaz Ada seorang banduan yang sedang akan menjalani hukuman gantung di Singapura akan menjalani sessi counseling dan belajar agama dari seorang Ustaz yang akan membimbingnya untuk menghadapi hukuman yang akan di jatuhkan padanya. Banduan ini telah di jatuhkan hukuman kerana membunuh dan merusuh, di badan banduan ini penuh dengan tatto di seluruh anggota badannya. Banduan ini rajin bersolat dan beribadah, imagine kalau orang tahu dia akan mati dah tentu akan berbuat demikian. Dia ada beritahu Ustaznya yang dia ingin menghilangkan tatto sebelum di hukum, tapi memandangkan tattonya di seluruh badan dan susah untuk dihilangkan, Ustaz itu telah menasihati banduan itu supaya jangan risau tentang tatto yang penting hatinya kuat mengingati Allah dan beribadat dengan tekun. Pada saat hari dia hendak di gantung, dia dengan tenang menyambu

KISAH DARI PENJARA (JANAZA BANDUAN YANG MENDAPAT RAHMAT ALLAH)

Forum Perdana-Kisah dari Penjara untuk renungan bersama Kisah dari Malaysia Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua. Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kua

MAKNA 'BERTUDUNG' DAN 'MENUTUP AURAT'...

Image
LUAHAN HATI BERSAMA TOPIK " MENUTUP AURAT"... PERBEZAAN ' BERTUDUNG ' DAN ' MENUTUP AURAT '... Assalamualaikum . Buat sahabat saya yang dihormati semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, saya sihat. Bagi membuktikan kepatuhan kita pada Allah iaitulah pencipta sekalian makhluk ini, maka kita mesti tunduk atau patuh segala arahannya dan meninggalkan segala larangannya. Salah satu arahannya kepada kita adalah memelihara aurat! Bagi lelaki dan bagi wanita, Islam telah menerangkan aurat yang khusus untuk mereka. Mengikut cakap awak(kamu), bahawa satu tika dahulu awak ini selalu buka tudung. Betul? Ok... Saya tidak marah awak. Cuma saya takut Allah marah awak. Begini wahai sahabat saya... di sana terdapat perbezaan di antara "bertudung" dan "menutup aurat" . Islam menggalakkan /mewajibkan kita menutup aurat dan bukan bertudung. Kerana tidak semua orang yang bertudung itu menutup aurat atau ada yang bertudung tetapi

"DAN KU TURUNKAN KAIN INI".....(Buat renungan pada muslimah yang tidak mau menutup aurat..)

Dalam sebuah buku tua, seorang wanita menulis;... "Dan kuturunkan kain ke dadaku. Ku turunkan supaya ikut tunduk pandangan ku. Ku turunkan kain dari ubun-ubun menutup rambutku, supaya terlindung dan selamat dari terik matahari ketika kering kontang, pedih musim dingin, seta gerayang panas mata dan tangan orang-orang berhati lemah yang berkeliaran sepanjang jalan.." "Ku turunkan kain ke sekujur tubuhku, supaya aku terjamin keselamatan ku, tidak saja dari gangguan orang-orang yang kutemui, tetapi juga dari godaan dalam diriku sendiri yang ingin bertingkah. Kain ini menyelamatkan aku serta orang-orang sekelilingku dari daya tarik keperempuanan ku yang mungkin menipu. Dan kain panjang ini menjadi kulitku, diriku dan identitiku.." Tidak lagi boleh kulepaskan dia, apalagi kubiarkan dia direnggut dari diriku. Dengan kain ini aku berkata 'tidak' kepada masa lalu ku yang lemah, kepada hubungan sosial yang ekspoilatif, serta struktur ekonomi, sosial dan politik y

ARWAH IBU LAWAT JANAZAH ANAK DI HOSPITAL

Kisah ini adalah seperti diceritakan oleh Ustaz Kamal Ashari Peristiwa ini berlaku di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Ketika itu jam menunjukkan 4.00 pagi ustaz menerima panggilan telefon daripada hospital berkenaan supaya menguruskan jenazah tersebut. Jenazah itu telah seminggu tidak dituntut dan ia perlu diuruskan segera kerana bilik mayat telah pun penuh sedangkan ada lagi mayat yang akan disimpan. Ustaz difahamkan bahawa si mati bukanlah berasal dari Klang dan pihaknya telah gagal mengesan waris keluarganya. Di luar bilik keadaan begitu dingin ,sejuk sunyi hening dan gelap. Cuma yang tinggal hanya ustaz dengan seorang penjaga bilik itu. Kemudian ustaz ingin memulakan tugasnya, dengan berhati-hati membuka laci mayat 313 dengan perlahan. Setesrunya dengan penuh debaran membuka kain yang menutup muka jenazah tersebut. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia dalam 20-an dan tenung wajahnya buat seketika. Tiba-tiba dengan kehendak Allah muka jenazah itu ber

GAMBAR MAYAT TAK REPUT

Image
Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara Sekelian Alam. Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu) dan arwah meninggalkan seorang isteri dan 4orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan Pondok Madrasah Khairiah Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya. Saya sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur b